Astrology & Healings

Welcome to my blog... This blog would be discussing & getting comments on topics of Islamic Astrology & Spiritual Healings as well as other interesting topics. The discussions would be posted primarily in three languages i.e. English, Malay & Arabic...

Wednesday 30 March 2011

Khasiat Nadi Ali





Ketika kekalahan kaum Muslimin dalam perang Uhud, telah turun Jibrail AS kepada Nabi SAW dan berkata : Wahai Rasulullah, ناد عليا مظهر العجائب تجده عونا لك في النوائب كل هم وغم سينجلي بولايتك يا علي يا علي ياعلي
(Nadi Ali menzahirkan keajaiban, akan kamu dapati daripadanya penolong-penolong, setiap kesusahan dan penderitaan akan hilang dengan Wilayahmu wahai Ali (3 kali)..) Diriwayatkan juga bahawa doa ini juga diturunkan ketika peperangan Khaybar bagi menguatkan moral kaum Muslimin..

Disebabkan ini, berikut diperturunkan akan khasiat dan petua berkaitan Nadi Ali...

1. Sesiapa yang terkena sebarang bala yangtertentu, hendaklah dibaca Nadi ‘Aliyyan sebanyak 7 kali, nescaya tidak akan terkesan dengan bala tersebut.

2. Sesiapa yang takutkan seseorang musuh, hendaklah dibaca Nadi ‘Aliyyan sebanyak 27 kali, nescaya akan terpisah dan menjauhi musuh tersebut daripadanya.

3. Sesiapa yang terkena sihir, maka hendaklah dibaca ke atas air telaga, kemudian hendaklah ia mandi dan minum daripada air telaga tersebut, Insyallah akan terbatal sihir tersebut.

4. Sesiapa yang diracuni, maka hendaklah ditulis doa ini di atas mangkuk seramik menggunakan dakwat misk (musk) dan za'faran, dan dibaca di atas airnya sebanyak 21 kali, lalu diminum daripadanya untuk kesembuhan.

5. Bagi penyakit yang sukar disembuhkan, hendaklah dibaca sebanyak 18 kali di atas air hujan, lalu diminum air tersebut.

6. Bagi mengelakkan bala yang besar, hendaklah dibaca sebanyak 1000 kali.

7. Untuk melemahkan kemarahan (seseorang), hendaklah dibaca Nadi ‘Aliyyan sebanyak 71 di wajah si pemarah, kemudian dibaca sebanyak 210 kali pada nafasnya.

8. Agar bebas dari tuduhan-tuduhan palsu, bacalah Nadi ‘Aliyyan 40 kali di pagi hari, maka Anda akan diperlakukan dengan hormat.

9. Apabila dibaca Nadi ‘Aliyyan 25 kali sebelum solat Jumat, maka penyakit kurang tidur atau insomnia akan sembuh.

10. Untuk kesejahteraan dan kehormatan, hendaknya dibaca Nadi ‘Aliyyan 21 kali sehari.

11. Untuk mendapatkan kekayaan dan kesejahteraan, bacalah Nadi ‘Aliyyan 12 kali setiap hari di pagi hari.

12. Pembaca Nadi ‘Aliyyan 17 kali sehari, akan menakluki musuh.

13. Bacalah Nadi ‘Aliyyan 34 atau 36 kali untuk memenuhi kehendak dan keinginan-keinginan yang halal.

14. Untuk menyembuhkan setiap penyakit, bacalah Nadi ‘Aliyyan 27 kali sehari.

15. Untuk melihat Nabi saw dalam mimpi, bacalah Nadi ‘Aliyyan 7 kali sehari sebelum tidur.

16. Agar bebas dari penjara, hendaknya orang membaca Nadi ‘Aliyyan 16 kali sehari.

17. Untuk mendapatkan penyelesaian atas persoalan penting dalam diri, bacalah Nadi ‘Aliyyan 15 kali sehari.

18. Untuk memahami rancangan dan hikmah Ilahi berkaitan persoalan Anda, bacalah Nadi ‘Aliyyan 16 kali sehari selama 40 hari.

17. Untuk meningkatkan pengetahuan, bacalah Nadi ‘Aliyyan 17 kali setelah solat Zohor selama 20 hari.

18. Bacalah Nadi ‘Aliyyan 50 kali sehari selama 16 hari untuk memenuhi keinginan-keinginan halal dan keberhasilan dalam usaha-usaha.

19. Untuk menghilangkan perselisihan di antara dua orang, bacalah Nadi ‘Aliyyan 30 kali sehari selama 20 hari.

20. Untuk mendapatkan keberanian dan kekuatan, bacalah Nadi ‘Aliyyan 25 kali.

21. Membaca Nadi ‘Aliyyan 1000 kali dalam satu kali duduk akan menghasilkan pencapaian terhadap keinginan-keinginan halal.

Semoga sama-sama kita mendapat manfaat dari doa yang berkat dan mujarab ini..Amiin.

No comments:

Post a Comment