Islamic Astrology & Spiritual Healings
Astrology & Healings
Welcome to my blog... This blog would be discussing & getting comments on topics of Islamic Astrology & Spiritual Healings as well as other interesting topics. The discussions would be posted primarily in three languages i.e. English, Malay & Arabic...
Wednesday, 10 March 2021
Friday, 7 March 2014
Doa untuk mencari barang/orang hilang atau
berurusan dengan orang yang tidak dikenali
Baca sebanyak yang boleh dimulai dan diakhiri selawat
أصبحت في أمان الله
أمسيت في جوار الله
(Asbahtu fi amaanillah, amsaitu fi jawarillah)
أمسيت في جوار الله
(Asbahtu fi amaanillah, amsaitu fi jawarillah)
Berpagi-pagi daku bersama keamanan Allah
Berpetang-petang ku bersama kedekatan dengan Allah
Berpetang-petang ku bersama kedekatan dengan Allah
Doa Memohon Hujan/Rezeki
Baca Subhanallah (70kali);
Astagfirullah 70 kali
Diikuti baca surah Nur : 10 –
12 (sebagaimana di bawah)
Amalkan setiap selepas solat
Subuh & Isyak
"Sehingga aku berkata (kepada mereka):
`Pohonkanlah ampun kepada Tuhan kamu, sesungguhnya adalah Ia Maha Pengampun; (Sekiranya kamu berbuat demikian), Ia
akan menghantarkan hujan lebat mencurah-curah, kepada kamu; dan Ia akan memberi kepada kamu
dengan banyaknya harta kekayaan serta anak-pinak; danIa akan mengadakan bagi
kamu kebun-kebun tanaman, serta mengadakan bagi kamu sungai-sungai yang
mengalir di dalamnya.
Doa amalan
untuk batalkan/elak kena sihir / badi / kenan (evil eyes)
Laungkan azan secara
kuat di rumah semasa masuk waktu
Selepas subuh baca
50 ayat Quran secara jahar (kuat)
Banyakkan baca 2
surah Mu’azzawatain (Qul Huallah & Qul a’uzubirabbinnas)
Baca
4 Qul sebelum tidur
Sentiasa
bawa bersama Quran (saiz poket)
Banyakkan
baca Ayatul Qursi serta tampalkan ayat itu (yang bertulis) di rumah
Tuesday, 27 December 2011
Amalan-amalan Bagi Mencapai Hajat & Mengakhirkan Bala Serta Kesusahan
1. Membaca Surah Al-Fatihah
Sesiapa yang membaca surah Al-Fatihah setiap hari dengan kaedah berikut, nescaya
akan ditunaikan hajatnya samada sepenuhnya atau sebahagiannya. Bilangan
bacaannya adalah sebagaimana berikut :-
a. 21 kali selepas solat Subuh
b. 22 kali selepas solat Zohor
c. 23 kali selepas solat Asar
d. 24 kali selepas solat Maghrib
e. 10 kali selepas solat Isyak.
Jika belum tercapai hajatnya di minggu yang pertama, hendaklah dibaca di minggu yang kedua sehingga tercapai hajatnya. Amalan tersebut hendaklah dimulakan pada hari Khamis. Setiap hajatnya hendaklah diniatkan pada 2 ayat, iaitu pertama, di pertengahan ayat 'Iyyaka na'budu waiyyaka nasta'in' dan keduanya ketika membaca 'Arrahmanir Rahim'. Amalan ini telah terbukti sangat mujarab dengan izin Allah Taala.
2. Solat & Bacaan Surah / Doa
Hendaklah yang berhajat mandi pada hari Khamis atau Jumaat kemudian memakai pakaian yang suci bersih lalu duduk di tempat yang sunyi dan tidak bercakap dengan sesiapa pun. Hendaklah juga memakai cincin fairus atau aqiq merah, lalu bersolat dengan niat solat hajat dua rakaat serta membaca apa jua surah yang disukai selepas bacaan Fatihah di dalam solat tersebut. Sebaik selesai solat, hendaklah dibaca surah/selawat berikut :-
a. Surah Al-Fatihah - 7 kali
b. Selawat ke atas Nabi Muhammad SAW & keluarganya - 100 kali
c. Surah Al-Insyirah (Alam Nasyrah) - 79 kali d. Surah Al-Ikhlas (Qul Huallah) - 1000 kali
e. Selawat ke atas Nabi Muhammad SAW & keluarganya - 100 kali
Lalu diakhiri semula dengan bacaan Al-Fatihah 7 kali lalu bersujud dan meminta apa jua hajat yang diingini.
3. Bacaan Surah Al-Hud
Hendaklah dibaca surah Hud sebanyak 13 kali, insyallah akan tercapai hajat dengan izin Allah.
4. Bacaan Surah Al-Mukminun - bagi melepaskan diri dari bala yang sangat besar
Hendaklah dibaca surah Al-Mukminun sebanyak 140 kali dengan berterusan tanpa bangun dari tempatnya kecuali untuk perkara yang tidak dapat dielakkan seperti makan, buang air atau solat. Insyallah akan terlepas daripada bala tersebut walau sebagaimana besar sekali pun.
Bersambung...
Dipetik dari Kitab Al-'Ilaj Ruhani Li Izalah As-Sihr wal Mass Syaitani (Wa fihi liqadha i Hajat) [Rawatan Rohani Bagi Menghapuskan Sihir dan Rasukan Syaitan (serta Menunaikan Hajat)] Karangan Sheikh Ali Said Ismail (Dar Surur, Beirut, Lubnan, 2000 M / 1431 H)

Friday, 22 April 2011
Sifat & Perwatakan Taurus
Bintang Taurus (Thaur di dalam Bahasa Arab bermaksud lembu jantan) merupakan mereka yang lahir dari 20 April - 20 May.
Taurus Lelaki :
Kelahirannya seperti Nabi Syith, memiliki penampilan yang baik serta disukai ramai. Mampu mendapatkan harta yang banyak serta mempunyai bakat kesusasteraan dan seni yang tinggi. Bermuamalah dengan keluarganya dengan penuh kasih sayang dan melakukan kerja-kerja yang manfaatnya untuk masyarakat umum. Dimusuhi oleh adik beradiknya maka hendaklah dihindari permusuhan itu dengan memperbanyakkan sedekah. Dikurniakan anak yang banyak. Penyakitnya berkaitan dengan kesejukan dan kekeringan. Isterinya sangat terpengaruh dan terkesan dengan sifatnya. Menghadapi bahaya pada usia 7, 17 dan 22 akan tetapi dia akan berjaya melaluinya. Mencapai umur 80an, dan menerima nasib yang baik daripada rumah yang baik. Dia mempunyai musuh yang ramai akan tetapi mereka tidak akan dapat menjejaskannya. Hari Jumaat merupakan hari yang paling diberkati baginya dan sangat sesuai untuk menunaikan haji. Penyakitnya tidak akan berpanjangan. Hendaklah menyambut kedatangan awal bulan dengan manisan serta membawa bersamanya doa berikut :
بسم الله الرحمن الرحيم يا علي يا عظيم, يا كريم يا حكيم, يا بافي يا عالم الغيب يا لا إله إلا انت, اهيَا شراهيا, وبراهيا توشطيا, يا معطيا ان ط 9 1 9 8 8 8 1 9 9 3 9 4 1 3 3 1 1 8.
Taurus Wanita :
Biasanya wanita kelahiran Taurus rendah ketinggiannya akan tetapi mempunyai kata-kata yang manis. Mempunyai ramai anak serta dikasihi dikalangan manusia, juga disakiti oleh mata yang banyak dengkikannya. Banyak terbawa dengan peristiwa yang berlaku ke atas suaminya. Terpelihara rahsianya daripada orang lain dan akan mendapati kedharuratan yang banyak disebabkan lisan. Ditimpa kesakitan akibat kerahsiaan. Akan menghadapi 3 bahaya di dalam hidup dan hendaklah dielakkan dengan bersedekah. Akan menimpanya ke atasnya kejahatan lidah. Tawasul merupakan jalan mencapai hajatnya. Hendaklah menjaga lidahnya daripada penipuan dan kerosakan. Hendaklah memperbanyakkan ucapan Lailahaillallah serta menjaga kehormatannya terhadap suaminya demi menambah kasih sayangnya, serta hendaklah sentiasa membawa doa ini :
بسم الله الرحمن الرحيم يا حي يا فيوم, يا ذا الجلال والإكرام الله لطيف بعباده, يرزق من يشاء وهو القوي العزيز, أفوض أمري إلى الله.
Sumber : Kitab Khazanat al-Asrar Fi al-Khutum wa al-Azkar (Sayyid Muhammad Taqi al-Muqaddam)

Tuesday, 5 April 2011
Sihir : Jenis & Kaedah Menghapuskannya
Pada perbincangan akan datang, akan dibincangkan beberapa aspek tentang sihir dan bagaimana menghapus dan menentangnya, berdasarkan ajaran Nabi SAW dan keluarga serta para sahabatnya. Antara yang akan dibincangkan :
1. Sihir di antara hakikat dan khayalan
2. Jenis dan pembahagian sihir
3. Kesan jin ke atas hidup manusia
4. Qarinah (saka) dan ikutan yang memudharat dan tersembunyi
5. Keharaman berhubungkait dengan sihir
6. Sifat kejadian jin
Sumber : 'Ilaj Ruhani Li Izalah al-Sihr wal Mas al-Syayatin (Rawatan Spiritual bagi Menghapuskan Sihir dan Rasukan Syaitan) karangan Sheikh Ali Said Ismail, terbitan Dar al-Surur, Lubnan.

Wednesday, 30 March 2011
Khasiat Nadi Ali
Ketika kekalahan kaum Muslimin dalam perang Uhud, telah turun Jibrail AS kepada Nabi SAW dan berkata : Wahai Rasulullah, ناد عليا مظهر العجائب تجده عونا لك في النوائب كل هم وغم سينجلي بولايتك يا علي يا علي ياعلي
(Nadi Ali menzahirkan keajaiban, akan kamu dapati daripadanya penolong-penolong, setiap kesusahan dan penderitaan akan hilang dengan Wilayahmu wahai Ali (3 kali)..) Diriwayatkan juga bahawa doa ini juga diturunkan ketika peperangan Khaybar bagi menguatkan moral kaum Muslimin..Disebabkan ini, berikut diperturunkan akan khasiat dan petua berkaitan Nadi Ali...
1. Sesiapa yang terkena sebarang bala yangtertentu, hendaklah dibaca Nadi ‘Aliyyan sebanyak 7 kali, nescaya tidak akan terkesan dengan bala tersebut.
2. Sesiapa yang takutkan seseorang musuh, hendaklah dibaca Nadi ‘Aliyyan sebanyak 27 kali, nescaya akan terpisah dan menjauhi musuh tersebut daripadanya.
3. Sesiapa yang terkena sihir, maka hendaklah dibaca ke atas air telaga, kemudian hendaklah ia mandi dan minum daripada air telaga tersebut, Insyallah akan terbatal sihir tersebut.
4. Sesiapa yang diracuni, maka hendaklah ditulis doa ini di atas mangkuk seramik menggunakan dakwat misk (musk) dan za'faran, dan dibaca di atas airnya sebanyak 21 kali, lalu diminum daripadanya untuk kesembuhan.
5. Bagi penyakit yang sukar disembuhkan, hendaklah dibaca sebanyak 18 kali di atas air hujan, lalu diminum air tersebut.
6. Bagi mengelakkan bala yang besar, hendaklah dibaca sebanyak 1000 kali.
7. Untuk melemahkan kemarahan (seseorang), hendaklah dibaca Nadi ‘Aliyyan sebanyak 71 di wajah si pemarah, kemudian dibaca sebanyak 210 kali pada nafasnya.
8. Agar bebas dari tuduhan-tuduhan palsu, bacalah Nadi ‘Aliyyan 40 kali di pagi hari, maka Anda akan diperlakukan dengan hormat.
9. Apabila dibaca Nadi ‘Aliyyan 25 kali sebelum solat Jumat, maka penyakit kurang tidur atau insomnia akan sembuh.
10. Untuk kesejahteraan dan kehormatan, hendaknya dibaca Nadi ‘Aliyyan 21 kali sehari.
11. Untuk mendapatkan kekayaan dan kesejahteraan, bacalah Nadi ‘Aliyyan 12 kali setiap hari di pagi hari.
12. Pembaca Nadi ‘Aliyyan 17 kali sehari, akan menakluki musuh.
13. Bacalah Nadi ‘Aliyyan 34 atau 36 kali untuk memenuhi kehendak dan keinginan-keinginan yang halal.
14. Untuk menyembuhkan setiap penyakit, bacalah Nadi ‘Aliyyan 27 kali sehari.
15. Untuk melihat Nabi saw dalam mimpi, bacalah Nadi ‘Aliyyan 7 kali sehari sebelum tidur.
16. Agar bebas dari penjara, hendaknya orang membaca Nadi ‘Aliyyan 16 kali sehari.
17. Untuk mendapatkan penyelesaian atas persoalan penting dalam diri, bacalah Nadi ‘Aliyyan 15 kali sehari.
18. Untuk memahami rancangan dan hikmah Ilahi berkaitan persoalan Anda, bacalah Nadi ‘Aliyyan 16 kali sehari selama 40 hari.
17. Untuk meningkatkan pengetahuan, bacalah Nadi ‘Aliyyan 17 kali setelah solat Zohor selama 20 hari.
18. Bacalah Nadi ‘Aliyyan 50 kali sehari selama 16 hari untuk memenuhi keinginan-keinginan halal dan keberhasilan dalam usaha-usaha.
19. Untuk menghilangkan perselisihan di antara dua orang, bacalah Nadi ‘Aliyyan 30 kali sehari selama 20 hari.
20. Untuk mendapatkan keberanian dan kekuatan, bacalah Nadi ‘Aliyyan 25 kali.
21. Membaca Nadi ‘Aliyyan 1000 kali dalam satu kali duduk akan menghasilkan pencapaian terhadap keinginan-keinginan halal.
Semoga sama-sama kita mendapat manfaat dari doa yang berkat dan mujarab ini..Amiin.
Amalan Untuk Murah Rezeki
Barangsiapa membaca ayat di sebelah dari surah Az-Zariyat : 58, sebanyak 27 kali sebaik sahaja selepas solat Subuh selama 40 hari berturut-turut, nescaya akan diluaskan Allah rezekinya. Telah diamalkan oleh ramai ulama dan orang soleh dan terbukti kemujarabannya. Sama-sama kita amalkan, Insyallah.
Subscribe to:
Posts (Atom)