Bintang Taurus (Thaur di dalam Bahasa Arab bermaksud lembu jantan) merupakan mereka yang lahir dari 20 April - 20 May.
Taurus Lelaki :
Kelahirannya seperti Nabi Syith, memiliki penampilan yang baik serta disukai ramai. Mampu mendapatkan harta yang banyak serta mempunyai bakat kesusasteraan dan seni yang tinggi. Bermuamalah dengan keluarganya dengan penuh kasih sayang dan melakukan kerja-kerja yang manfaatnya untuk masyarakat umum. Dimusuhi oleh adik beradiknya maka hendaklah dihindari permusuhan itu dengan memperbanyakkan sedekah. Dikurniakan anak yang banyak. Penyakitnya berkaitan dengan kesejukan dan kekeringan. Isterinya sangat terpengaruh dan terkesan dengan sifatnya. Menghadapi bahaya pada usia 7, 17 dan 22 akan tetapi dia akan berjaya melaluinya. Mencapai umur 80an, dan menerima nasib yang baik daripada rumah yang baik. Dia mempunyai musuh yang ramai akan tetapi mereka tidak akan dapat menjejaskannya. Hari Jumaat merupakan hari yang paling diberkati baginya dan sangat sesuai untuk menunaikan haji. Penyakitnya tidak akan berpanjangan. Hendaklah menyambut kedatangan awal bulan dengan manisan serta membawa bersamanya doa berikut :
بسم الله الرحمن الرحيم يا علي يا عظيم, يا كريم يا حكيم, يا بافي يا عالم الغيب يا لا إله إلا انت, اهيَا شراهيا, وبراهيا توشطيا, يا معطيا ان ط 9 1 9 8 8 8 1 9 9 3 9 4 1 3 3 1 1 8.
Taurus Wanita :
Biasanya wanita kelahiran Taurus rendah ketinggiannya akan tetapi mempunyai kata-kata yang manis. Mempunyai ramai anak serta dikasihi dikalangan manusia, juga disakiti oleh mata yang banyak dengkikannya. Banyak terbawa dengan peristiwa yang berlaku ke atas suaminya. Terpelihara rahsianya daripada orang lain dan akan mendapati kedharuratan yang banyak disebabkan lisan. Ditimpa kesakitan akibat kerahsiaan. Akan menghadapi 3 bahaya di dalam hidup dan hendaklah dielakkan dengan bersedekah. Akan menimpanya ke atasnya kejahatan lidah. Tawasul merupakan jalan mencapai hajatnya. Hendaklah menjaga lidahnya daripada penipuan dan kerosakan. Hendaklah memperbanyakkan ucapan Lailahaillallah serta menjaga kehormatannya terhadap suaminya demi menambah kasih sayangnya, serta hendaklah sentiasa membawa doa ini :
بسم الله الرحمن الرحيم يا حي يا فيوم, يا ذا الجلال والإكرام الله لطيف بعباده, يرزق من يشاء وهو القوي العزيز, أفوض أمري إلى الله.
Sumber : Kitab Khazanat al-Asrar Fi al-Khutum wa al-Azkar (Sayyid Muhammad Taqi al-Muqaddam)
No comments:
Post a Comment