Bacaan & Rawatan Bagi Lelaki Aries
Seorang lelaki kelahiran Aries merupakan antara kelahiran terbaik berhadapan dengan kebungaan, pembacaan (terbaiknya) adalah pada giginya ketiga, manakala sekiranya dilanjutkan usianya sehingga mencecah 90 tahun, akan muncul tanda nasib baik di dada atau anggotanya. Hari Khamis merupakan hari terbaik baginya maka disyorkan agar dia memakai pakaian yang baru pada hari tersebut. Setiap awal bulan akan terlihat kemudaan di wajahnya. Pertanian sangat munasabah bagi pekerjaannya. Ramai orang mendengki dan mengumpatinya. Terdapat tanda seorang wanita rendah ketinggiannya yang akan muncul dan merosakkan kerjanya serta membawanya ke belakang (kemunduran). Lelaki Aries merupakan seorang yang dermawan, akhir umurnya akan dipenuhi dengan peningkatan dalam urusan hidupnya dan pengembangan kuasanya, akan tetapi dia bakal kehilangan (kuasa)nya itu, oleh itu hendaklah dia memanfaatkannya di Jalan Allah supaya tidak kerugian. Hendaklah dia mengelakkan diri daripada tempat berair supaya tidak terkena penyakit disebabkan air, disebabkan penyakitnya banyak berpunca dari kepanasan dan kelembapan. Terdapat juga tanda kemunculan wanita yang diberkati di dalam hidupnya yang dengannya dia akan memperolehi dan mencapai apa jua yang dikehendaki. Dan sebaiknya hendaklah lelaki Aries sentiasa membawa bersamanya doa berikut :
بسم الله الرحمن الرحيم يا شمطسوله له الأسماء الحسنى يا حي يا قيوم يا حنّان يا منان يا ذاالجلال والإكرام يا رؤوف يا اهيّا شراهيا لا حول ولا قوة إلا بالله العلي العظيم
No comments:
Post a Comment