Astrology & Healings

Welcome to my blog... This blog would be discussing & getting comments on topics of Islamic Astrology & Spiritual Healings as well as other interesting topics. The discussions would be posted primarily in three languages i.e. English, Malay & Arabic...

Tuesday, 27 December 2011

Amalan-amalan Bagi Mencapai Hajat & Mengakhirkan Bala Serta Kesusahan

1. Membaca Surah Al-Fatihah
    Sesiapa yang membaca surah Al-Fatihah setiap hari dengan kaedah berikut, nescaya
    akan ditunaikan hajatnya samada sepenuhnya atau sebahagiannya. Bilangan
    bacaannya adalah sebagaimana berikut :-

 a. 21 kali selepas solat Subuh
 b. 22 kali selepas solat Zohor
 c. 23 kali selepas solat Asar
 d. 24 kali selepas solat Maghrib
 e. 10 kali selepas solat Isyak.

Jika belum tercapai hajatnya di minggu yang pertama, hendaklah dibaca di minggu yang kedua sehingga tercapai hajatnya. Amalan tersebut hendaklah dimulakan pada hari Khamis. Setiap hajatnya hendaklah diniatkan pada 2 ayat, iaitu pertama, di pertengahan ayat 'Iyyaka na'budu waiyyaka nasta'in' dan keduanya ketika membaca 'Arrahmanir Rahim'. Amalan ini telah terbukti sangat mujarab dengan izin Allah Taala.

2. Solat & Bacaan Surah / Doa

Hendaklah yang berhajat mandi pada hari Khamis atau Jumaat kemudian memakai pakaian yang suci bersih lalu duduk di tempat yang sunyi dan tidak bercakap dengan sesiapa pun. Hendaklah juga memakai cincin fairus atau aqiq merah, lalu bersolat dengan niat solat hajat dua rakaat serta membaca apa jua surah yang disukai selepas bacaan Fatihah di dalam solat tersebut. Sebaik selesai solat, hendaklah dibaca surah/selawat berikut :-

a. Surah Al-Fatihah - 7 kali
b. Selawat ke atas Nabi Muhammad SAW & keluarganya - 100 kali
c. Surah Al-Insyirah (Alam Nasyrah) - 79 kali d. Surah Al-Ikhlas (Qul Huallah) - 1000 kali
e. Selawat ke atas Nabi Muhammad SAW & keluarganya - 100 kali

Lalu diakhiri semula dengan bacaan Al-Fatihah 7 kali lalu bersujud dan meminta apa jua hajat yang diingini. 

3. Bacaan Surah Al-Hud

Hendaklah dibaca surah Hud sebanyak 13 kali, insyallah akan tercapai hajat dengan izin Allah.

4. Bacaan Surah Al-Mukminun - bagi melepaskan diri dari bala yang sangat besar

Hendaklah dibaca surah Al-Mukminun sebanyak 140 kali dengan berterusan tanpa bangun dari tempatnya kecuali untuk perkara yang tidak dapat dielakkan seperti makan, buang air atau solat. Insyallah akan terlepas daripada bala tersebut walau sebagaimana besar sekali pun.

Bersambung...

Dipetik dari Kitab Al-'Ilaj Ruhani Li Izalah As-Sihr wal Mass Syaitani (Wa fihi liqadha i Hajat) [Rawatan Rohani Bagi Menghapuskan Sihir dan Rasukan Syaitan (serta Menunaikan Hajat)] Karangan Sheikh Ali Said Ismail (Dar Surur, Beirut, Lubnan, 2000 M / 1431 H)