Astrology & Healings

Welcome to my blog... This blog would be discussing & getting comments on topics of Islamic Astrology & Spiritual Healings as well as other interesting topics. The discussions would be posted primarily in three languages i.e. English, Malay & Arabic...

Tuesday, 21 April 2009

Ilmu Huruf

ILMU HURUF

RAHSIA DAN KHASIAT HURUF HIJAIYYAH ( HURUF-HURUF AL-QURAN)

Tidak dapat dinafikan bahawa Al-Quran adalah mukjizat terbesar kepada nabi-Nya maka sudah tentu setiap ayat,kalimah dan huruf mempunyai maksud yang zahir dan batin. Dan setiap satu huruf yang dilafazkan mendapat ganjaran pahala. Diriwayatkan daripada Ibnu Mas'ud , telah bersabda Rasulullah Sollallah alaihi waalihi wasallam :" Siapa yang membaca satu huruf dari Kitab Allah baginya satu kebaikan (hasanah) dan setiap kebaikan itu sepuluh kebaikan sepertinya kerana Allah telah berfirman {من جآء بالحسنة فله عشرأمثلها}. Dengan itu bermakna kalimah {الّم} tiga huruf diberi setiap darinya 10 kebaikan, maka semuanya 30 kebaikan iaitu bilangan 30 juzu' Al-Quran.Ilmu huruf merupakan satu ilmu yang dalam dan mempunyai kiraan dan bacaan tertentu dan tersendiri. Ia adalah ilmu para ambiya' dan auliya'. Telah berkata Ali bin Abi Talib alaihissalam, "Ilmu huruf adalah ilmu yang tersimpan, tidak diketahui melainkan ulama' Rabbaniyyun". Rahsia ilmu huruf ini diambil daripada Imam Ali bin Abi Talib alaihissalam. Benarlah sabda Rasulullah Sollallah alaihi waalihi wasallam." Aku adalah kota ilmu dan Ali adalah pintunya, sesiapa yang ingin mendapatkannya maka datanglah melalui pintunya." Diriwayatkan daripada Imam Al-Baqir alaihissalam, "Sesungguhnya Rasulullah Sollallah alaihi waalihi wasallam telah mengajar Ali alaihissalam 1000 huruf, setiap huruf daripadanya membuka 1000 huruf, dan 1000 huruf setiap daripadanya membuka 1000 huruf."

Di antara kitab-kitab yang banyak membincangkan ilmu ini secara terperinci ialah Himpunan Huruf-Huruf (مجمع الحروف) jilid 2 , دائرة 21 dan Khazanah Rahsia-Rahsia Mentera dan Zikir(خزانة الاسرار في الختوم والأذكار). Setiap huruf daripada huruf-huruf hijaiyyah mengandungi rahsia dan khasiat tertentu, bukan sahaja bagi orang yang melafazkannya tapi juga terkesan kepada orang yang mendengarnya. Juga mempunyai kesan dan khasiat yang khusus bergantung cara menulis,menyusun dan mengamalkannya. Allahu 'aklam, kita sebagai hambaNya hendaklah mempunyai keyakinan dan tidak ragu-ragu dengan ilmuNya.

Di antara khasiat huruf-huruf hijaiyyah ialah(sebagaimana dipetik dari kitab Khazanah Rahsia-Rahsia Mentera dan Zikir) :
1. Memperolehi 'izzah (kehormatan) dan kemuliaan :
Tulis huruf (أ) sebanyak 111 kali pada malam jumaat. Dan ketika menulisnya hendaklah menyebut dua namaNya ini (سبحان الله ) dan (يا لا إله إلا انت ). Bawalah kertas ini bersama insyaallah akan memperolehi kehormatan dan dikasihi dikalangan orang besar-besar , suci hatinya dan tertunai segala hajatnya.

2. Memperolehi harta yang banyak:
Baca setiap pagi sebelum bercakap dengan sesiapa 1000 kali huruf (آ). Akan memperolehi harta yang banyak. Atau ditulis 1000 kali juga mempunyai khasiat yang sama.

3. Menyembuhkan penyakit:
Tulis huruf (ب ) 12 kali di atas gelas atau bekas dari tanah liat dan minum air dengan gelas ini. Ketika menulisnya hendaklah membaca (ya rahman ya rahim)

4. Melindungi dari bahaya:
Tulis huruf (ب ) 200 kali dan dibawa bersama, Allah Taala melindunginya daripada bahaya.

5. Mencari barang hilang.
Tulis huruf (ت) 400 kali sambil membaca (ياقيوم ياواحد ).Kemudian letak di dalam mushaf Quran. Akan peroleh barang yang hilang tersebut.

6. Mendapat apa yang dihajati :
Baca setiap hari 1000 kali huruf ( د) akan memperolehi apa yang dihajati.

7. Memudahkan bersalin bagi perempuan hamil:
Baca huruf (ش) sebanyak 200 kali ke atas makanan dan diberi makan kepada perempuan yang hamil ketika saat melahirkan. Akan bersalin dengan mudah.

8. Kekayaan:
Tulis 1060 kali huruf ( غ) pada hari Jumaat, ketika menulis hendaklah membaca
(يا عظيم يا مجيب ). Dan bawalah kertas tersebut bersama, akan mendapat kekayaan, memperoleh apa yang dihajati dan melihat keajaiban-keajaiban yang banyak.